Sabtu, 18 Jun 2011

Kesuma FC VS PKNP

Perlawanan ke 5 bagi Kesuma FC telah diadakan pada 30 mei 2011 bertempat di padang MPK 1B berhampiran dengan Shahzan Inn. Lawan pada kali ini sebuah pasukan yang agak kuat iaitu PKNP. Sepakmula bagi perlawanan ini jam 5.05 petang. Kesuma menurunkan hampir kesemua barisan utama dengan tugas mengawal pintu gol oleh Hamdan, pertahanan boy, Mijan, Arjuna dan Lan. Tengah mamat dan Amba dengan posisi sayap kanan kekal Rusdi disamping sayap kiri Thiru. Penyerang utama Kuchick dan Mie Unta sebagai back-up striker.Perlawanan berlangsung sengit dengan serangan dari kedua-dua pasukan diawal permainan. Namun kemudian agak berhati-hati dipertengahan masa pertama. Mungkin disebabkan kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati kerana masing-masing inginkan mata kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan. Hanya kemenangan dapat menjarakkan mata kerana rata-rata pasukan mempunyai mata yang hampir sama. Penguasaan bahagian tengah agak longgar bagi Kesuma FC kerana masing-masing lebih banyak berada dibarisan serangan. Akibatnya PKNP lebih menguasai bahagian tengah secara tidak langsung mengawal permainan. Asakan sekali sekala akhirnya membuahkan hasil bagi PKNP setelah pemain PKNP yang berada dalam keadaan offsaid mendapat bola seterusnya menewaskan penjaga gol Kesuma FC untuk gol pendahuluan. Kesuma FC cuba mengatur serangan melalui sayap kiri dan kanan namun penyerang Kesuma FC gagal menemui sentuhan  penyudah yang berkesan.
Perlawanan berakhir dengan PKNP mendahului Kesuma FC 1-0.
Tiada pertukaran pemain dalam awal separuh masa kedua. Pengurus serta jurulatih Kesuma FC mengharapkan agar rentak permainan dikekalkan memandangkan pilihan pemain yang terhad dibangku simpanan. Namun kecederaan lutut yang dialami oleh Kuchick memaksa penyerang utama itu digantikan dengan Zulkainan. Sedikit perubahan posisi berlaku dengan Zulkainan mengambil tempat Mie Unta dan Mie Unta diletakkan sebagai penyerang utama. Dengan kemasukan ZUlkainan  dan peubahan posisi penyerang utama telah membawa sedikit perubahan rentak permainan dimana Kesuma FC kini kembali berselera untuk melakukan asakan ke kubu PKNP dengan lebih kerap. tumpuan serangan melalui sayap kiri dan bahagian tengah memaksa PKNP bertahan. Dalam kelam-kabut didalam kawasan penalti telah memaksa kekasaran berlaku dimana pemain pertahanan PKNP menjatuhkan salah seorang pemain Kesuma FC dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kesuma FC. Tolakkan yang mudah dilakukan oleh Mie Unta untuk menyamakan kedudukan. Menyedari Kesuma FC bukanlah lawan yang mudah diratah oleh mana-mana pasukan dalam Liga Kuantan kali ini, PKNP terpaksa memasukkan pemain gantian untuk kembali menyaingi kehebatan pasukan Kesuma FC ini. Meskipun cuba melakukan serangan namun barisan serangan PKNP hanya mampu menjengah luar kotak penalti Kesuma FC. Dengan berbaki tinggal 10 minit permainan , pemain pertahanan kiri Kesuma FC iaitu Arjuna dikeluarkan akibat kekejangan otot betis dan digantikan dengan pemain tengah iaitu Atan. Amba mengambil tempat pertahanan kiri dengan Atan berfungsi sebagai back-up striker. Dengan kekebalan barisan pertahanan dan kemantapan jentera tengah serta ketajaman jentera serangan Kesuma FC ini, PKNP terpaksa akur untuk berkongsi mata dengan jaringan 1-1 sehingga tiupan wisel penamat. Ini memberikan mata yang ke 7 untuk Kesuma FC. Syabas dan tahniah untuk seluruh pasukan Kesuma FC!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan