Jumaat, 13 Mei 2011

Perlawanan Pembukaan Liga Kuantan.

Kesuma FC (2) Vs. Mas10 (2).

Perlawanan pembukaan bagi Liga Kuantan 2011 telah berlangsung pada 11.5.2011 antara juara bertahan Mas10 menentang Kesuma FC dipadang MPK1 berdekatan dengan Shahzan Inn bermula jam 500 petang. Kesuma FC telah menurunkan hampir semua  kesebelasan utama dalam perlawanan pembukaan ini. Kesuma FC meletakkan Hamdan selaku penjaga gol utama; Mijan, Boy, Lan dan Arjuna di posisi pertahanan. Rusdi, Thiru,Barak dan Mamat dibahahagian tengah serta penyerang utama Kuchick dan Mie Unta.
Permainan bermula dengan kemas dengan asakan dari Mas10 selaku juaran bertahan pada awal permainan tetapi barisan Kesuma Fc dengan tenang mengawal permainan seperti biasa. Selepas dari itu kedua pasukan saling menyerang dengan Kesuma FC telah berjaya menghasilkan gol cantik hasil kerjasama pasukan dengan penyudahan yang bersahaja dari Mie Unta pada minit ke 30 permainan. Mas10 menyamakan kedudukan 1-1 beberapa minit kemudian hasil gol ehsan dari pengadil.
Selepas watu rehat, sekali lagi pasukan Kesuma FC berjaya menghasilkan gol menerusi umpanan cantik pemain gantian, Zul desjaya kepada Mie Unta sekali lagi tanpa segan silu menjaringkan gol.
Tertekan dengan gol kedua, Mas10 telah melancarkan beberapa serangan menerusi sayap kiri dan kanan dan pada minit ke67,pemain sayap Mas10 no. 9 telah tersepak tanah dalam kotak penalti dan pengadil tanpa pertimbangan yang sewajarnya telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Mas10 untuk gol penyamaan. Permainan telah berkesudahan seri 2-2.

Meskipun akur dengan keputusan pengadil perlawanan,pengurus serta  jurulatih dan lain-lain pegawai pasukan telah berpuashati dengan persembahan para pemain Kesuma FC. Perlawanan seterusnya bagi Kesuma FC menentang Ombak Prima di padang Kipsas pada 15.5.2011. Terdahulu dari itu Ombak Prima telah membelasah Padang Jaya Fc 16-2 pada 12.5.2011.
Bagaimanapun keputusan perlawanan tersebut tidak sedikitpun menggerunkan Kesuma FC!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan