Perlawanan ke 5 bagi Kesuma FC telah diadakan pada 30 mei 2011 bertempat di padang MPK 1B berhampiran dengan Shahzan Inn. Lawan pada kali ini sebuah pasukan yang agak kuat iaitu PKNP. Sepakmula bagi perlawanan ini jam 5.05 petang. Kesuma menurunkan hampir kesemua barisan utama dengan tugas mengawal pintu gol oleh Hamdan, pertahanan boy, Mijan, Arjuna dan Lan. Tengah mamat dan Amba dengan posisi sayap kanan kekal Rusdi disamping sayap kiri Thiru. Penyerang utama Kuchick dan Mie Unta sebagai back-up striker.Perlawanan berlangsung sengit dengan serangan dari kedua-dua pasukan diawal permainan. Namun kemudian agak berhati-hati dipertengahan masa pertama. Mungkin disebabkan kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati kerana masing-masing inginkan mata kemenangan bagi memperbaiki kedudukan pasukan. Hanya kemenangan dapat menjarakkan mata kerana rata-rata pasukan mempunyai mata yang hampir sama. Penguasaan bahagian tengah agak longgar bagi Kesuma FC kerana masing-masing lebih banyak berada dibarisan serangan. Akibatnya PKNP lebih menguasai bahagian tengah secara tidak langsung mengawal permainan. Asakan sekali sekala akhirnya membuahkan hasil bagi PKNP setelah pemain PKNP yang berada dalam keadaan offsaid mendapat bola seterusnya menewaskan penjaga gol Kesuma FC untuk gol pendahuluan. Kesuma FC cuba mengatur serangan melalui sayap kiri dan kanan namun penyerang Kesuma FC gagal menemui sentuhan penyudah yang berkesan.
Perlawanan berakhir dengan PKNP mendahului Kesuma FC 1-0.
Tiada pertukaran pemain dalam awal separuh masa kedua. Pengurus serta jurulatih Kesuma FC mengharapkan agar rentak permainan dikekalkan memandangkan pilihan pemain yang terhad dibangku simpanan. Namun kecederaan lutut yang dialami oleh Kuchick memaksa penyerang utama itu digantikan dengan Zulkainan. Sedikit perubahan posisi berlaku dengan Zulkainan mengambil tempat Mie Unta dan Mie Unta diletakkan sebagai penyerang utama. Dengan kemasukan ZUlkainan dan peubahan posisi penyerang utama telah membawa sedikit perubahan rentak permainan dimana Kesuma FC kini kembali berselera untuk melakukan asakan ke kubu PKNP dengan lebih kerap. tumpuan serangan melalui sayap kiri dan bahagian tengah memaksa PKNP bertahan. Dalam kelam-kabut didalam kawasan penalti telah memaksa kekasaran berlaku dimana pemain pertahanan PKNP menjatuhkan salah seorang pemain Kesuma FC dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kesuma FC. Tolakkan yang mudah dilakukan oleh Mie Unta untuk menyamakan kedudukan. Menyedari Kesuma FC bukanlah lawan yang mudah diratah oleh mana-mana pasukan dalam Liga Kuantan kali ini, PKNP terpaksa memasukkan pemain gantian untuk kembali menyaingi kehebatan pasukan Kesuma FC ini. Meskipun cuba melakukan serangan namun barisan serangan PKNP hanya mampu menjengah luar kotak penalti Kesuma FC. Dengan berbaki tinggal 10 minit permainan , pemain pertahanan kiri Kesuma FC iaitu Arjuna dikeluarkan akibat kekejangan otot betis dan digantikan dengan pemain tengah iaitu Atan. Amba mengambil tempat pertahanan kiri dengan Atan berfungsi sebagai back-up striker. Dengan kekebalan barisan pertahanan dan kemantapan jentera tengah serta ketajaman jentera serangan Kesuma FC ini, PKNP terpaksa akur untuk berkongsi mata dengan jaringan 1-1 sehingga tiupan wisel penamat. Ini memberikan mata yang ke 7 untuk Kesuma FC. Syabas dan tahniah untuk seluruh pasukan Kesuma FC!
Sabtu, 18 Jun 2011
Rabu, 15 Jun 2011
Kesuma Fc Vs Damak Fc
Perlawanan ke-4 bagi Kesuma FC berlangsung pada 26.5.2011 menentang Damak FC di padang Mpk 1B berhadapan dengan masjid negeri Pahang. Kesuma FC telah menurunkan barisan pemain utama dalam separuh masa pertama dengan hamdan kekal penjaga gol utama. Sedikit perubahan pemain di benteng pertahanan dengan memasukkan pemain terbaru Mizan sebagai pertahanan tengah, Boy, Man Lo dan Lan. Tengah kekal Barak, Mamat dan Atan. Thiru dibahagian sayap kiri , Sayap kanan diisi oleh Rusdi dan Aleem sebagai penyerang utama.Perlawanan bermula dengan berhati-hati oleh kedua-dua pasukan dengan strategi yang diatur oleh jurulatih masing-masing didalam mengejar mata kemenangan. Serangan awal dari Damak FC mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan kesuma FC. Begitu juga serang balas dari pasukan Kesuma FC berjaya diserap oleh bahagian tengah Damak FC. Kesuma FC berusaha mencari jaringan awal tetapi seringkali barisan depan Kesuma FC terperangkap offsaid dengan lorongan bola kepada penyerang utama gagal melepasi perangkap yang diatur oleh Damak FC. Sesekali penjaga garisan membuat penilaian yang salah terhadap gerakan yang dibuat oleh Kesuma FC dan ini menyebabkan rasa tidak puashati jurulatih dan para pegawai Kesuma FC terhadap pengadilan dalam perlawanan ini termasuk satu gerakan cantik dengan sentuhan dari Aleem yang menerjah jaring Damak FC tetapi penjaga garisan telah mengangkat bendera menandakan Aleem dalam posisi offsaid.Terselamat dengan keadaaan tersebut, Damak FC mengatur gerakan dengan hantaran sederhana dengan sayap kiri digunakan dengan agak kerap. Ini memaksa Mizan bekerja keras mengekang gerakan tersebut sehingga mengalami kekejangan otot peha kanan dan terpaksa dikeluarkan. Amba dibawa masuk mengisi posisi tersebut. Barisan pertahanan kembali mantap dan ini memudahkan barisan tengah mengatur gerak. Tetapi bahagian tengah terutama Barak kerap membuat hantaran pantas melebihi keupayaan penyerang utama Kesuma FC. Ini memberikan peluang kepada Damak FC menyerap tekanan dan kembali mengatur serangan dan hasilnya berjaya menghasilkan gol pertama akibat kesilapan pertahanan tengah yang gagal menahan bola dengan kemas dan penyerang Damak FC berjaya memperdaya penjaga gol Kesuma FC. Permainan separuh masa pertama berakhir 10 minit kemudian. Masa rehat digunakan oleh jurulatih untuk menyusun kembali strategi bagi 45 minit dalam separuh masa kedua nanti. Dua pertukaran serentak telah dibuat dengan Kuchick dibawa masuk menggantikan Aleem selaku penyerang utama dan Mie Unta mengambil tempat Atan diposisi penyerang kedua. Percaturan yang dibuat telah mendatangkan hasil dengan Mie Unta berjaya melakukan penyudahan dengan tenang hasil hantaran cantik dari sayap kiri untuk gol penyamaan. Gol tersebut kembali menyuntik semangat para pemain Kesuma FC dengan berterusan mengatur serangan. Hanya pengadilan yang sedikit mengecewakan telah membantutkan gerakan dari kedua-dua pasukan. Dalam serangan bertali arus oleh Kesuma FC, sesekali Damak FC berjaya memecah benteng kebal pertahanan dan bernasib baik apabila gerakan dari sayap kanan yang melorongkan bola kepada penyerang Damak yang jelas berada dalam keadaan offsaid terus menjaringkan gol kedua untuk mendahului diminit ke 85 permainan. Dengan keputusan yang dibuat oleh penjaga garisan dan pengadil telah menyebabkan permainan kembali tegang dengan Barak gagal mengawal emosi dan layangan kad kuning kedua buat Barak. Ini bermakna gantung satu perlawanan untuk Barak dalam perlawanan menentang PKNP. Pegawai dan pemain Damak FC mula memasang angan-angan untuk mengutip 3 mata kemenangan dengan permainan berbaki kurang dari 5 minit. Tetapi segala-galanya berubah apabila Thiru membuat satu hantaran lencong dari sayap kiri dan Kuchick berada pada kedudukan tepat untuk menanduk masuk bola menerjah jaring Damak FC untuk gol penyamaan yang seterusnya menidakkan kemenangan Damak FC. Kuchick menerima kad kuning terakhir perlawanan kerana terlebih meraikan jaringan dihadapan pegawai dan pemain simpanan Damak FC. Syabas sekali lagi kepada pegawai dan pemain Kesuma FC kerana memberikan persembahan yang memberangsangkan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Kuantan 2011!
Jumaat, 3 Jun 2011
Kesuma FC Vs Padang Jaya FC
Berbekalkan dengan semangat yang membara, Dengan pungutan 2 mata hasil 2 kali seri dengan Mas10 dan Ombak Prima, barisan pemain dan pegawai Kesuma FC turun ke padang KIPSAS pada 20.5.2011untuk perlawanan ke 3 menentang Padang Jaya FC. Dengan harapan untuk memenangi perlawanan ini memandangkan prestasi semasa yang baik dari para pemain. Dengan posisi penjaga gol kekal milik Hamdan. Pertahanan Manlo, Boy, Mijan dan kayrool Tengah dibarisi oleh Barak, Amba dan Mamat,Forward KUchick, Thiru dan Aleem. Kesuma FC memulakan permainan dengan hantaran pendek dan menguasai babak awal permainan dengan tenang tanpa tekanan.
Perkiraan awal jurulatih dan pemain Kesuma FC terhadap Padang Jaya FC nyata sedikit tersasar memandangkan rekod buruk Padang Jaya Fc sewaktu menentang Ombak Prima. Tentangan yang diberikan oleh Padang Jaya Fc dengan gerakan pantas memaksa Kesuma FC bertahan dan sesekali turut sama melancarkan serangan pantas namun seringkali gagal melepasi pertahanan Padang Jaya FC. Percubaan dari para penyerang Kesuma Fc seringkali berjaya dipatahkan. Kecederaan penyerang Kesuma FC iaitu Kuchick memaksa jurulatih menggantikan dengan pemain gantian iaitu Mie Unta dalam separuh masa kedua. Rusdie turut dibawa masuk menggantikan Aleem dan penyusunan formasi pemain dibuat Jurulatih Kesuma FC, Al Faizal.
Didalam kealpaan pemain , Padang Jaya FC berjaya mengambil kesempatan dengan membolosi pintu gol selepas pertahanan Kesuma FC tersilap melakukan perangkap off-side dan ini memberikan semangat kepada pemain Padang Jaya FC untuk memperolehi mata kemenangan yang pertama. Tersentak dengan gol tersebut, kesuma FC berusaha mengatur serangan namun kebuntuan di barisan hadapan untuk memperolehi gol penyamaan memudarkan semangat pemain Kesuma FC yang lain. Sehinggalah Amba menerusi satu percubaan yang kencang, melepasi jangkauan penjaga gol Padang Jaya FC untuk gol penyamaan. Bermula dari detik itu semangat pemain kembali pulih dan hasilnya Mamat memulakan pesta gol dengan dua jaringan diikuti Mie Unta dengan jumlah yang sama. Rusdie turut memahatkan senarai nama penjaring dengan satu gol untuk kemenangan bergaya 6-1. Tahniah Kesuma FC! Teruskan Perjuangan Mu!
Rabu, 25 Mei 2011
Kesuma FC Vs. Ombak Prima
Dengan reputasi yang semakin mendapat perhatian dari lain-lain pencabar, Kesuma Fc turun selaku underdog dalam perlawanan kedua Liga Kuantan 2011 menentang Ombak Prima yang juga finalist Liga Kuantan 2010 yang lalu. Kesuma Fc telah melakukan sedikit rombakan formasi dimana dalam perlawanan ini, atas permintaan Kapten pasukan kesuma FC formasi 5-4-1 telah digunakan berbanding 4-4-2 dalam perlawanan pertama. Formasi tersebut digunakan bagi menguatkan pertahanan disamping melancarkan serangan balas tanpa belas ehsan...
Hamdan diposisi penjaga gol, pertahanan - Lan, Boy, Amba, Man Lo dan Arjuna. Barisan tengah diterajui Barak dan Mamat dengan Rusdi dan Mie Unta berada diposisi kiri/kanan dengan penyerang utama disandarkan kepada Kuchick. Sepak mula bagi perlawanan ini oleh Kesuma Fc. Dan seperti biasa pemain Kesuma FC mengawal permainan dengan tenang dan teratur pada awal permainan. Aksi pertempuran bermula selepas 5 minit permainan dengan serangan pantas menerusi sayap kiri namun pengadil sekali lagi memberikan mutu pengadilan yang mengecewakan dengan keputusan yang tidak professional. Ombak Prima turut melancarkan serangan menerusi flanker kiri dan cuba untuk menembusi benteng kanan Kesuma Fc tetapi gagal melepasi kekangan mantap Lan. Perit untuk melepasi pertahanan kanan Kesuma FC itu, Ombak Prima beralih arah mengasak melalui flanker kanan dan beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan kiri Kesuma Fc. Setelah menyedari benteng kiri Kesuma Fc agak rapuh, ini memberikan ruang Ombak prima melancarkan serangan. Tetapi barisan tengah yang diterajui oleh Barak, berjaya menutup ruang dari asakan Ombak Prima. Kesuma Fc membawa masuk Zulkalnain untuk mengambil posisi tengah dari Manlo yang turun kebahagian pertahanan dan mengeluarkan Arjuna,pertahanan kiri Kesuma Fc. Dengan sedikit percaturan yang telah dibuat oleh Coach Kesuma Fc iaitu saudara Faizal itu telah memberikan impak yang memberangsangkan bagi pasukan dengan serangan bertali arus ke kubu Ombak Prima dan hasil dari siri serangan itu telah menghadirkan gol pertama Kesuma Fc. Gol telah dijaringkan oleh Kuchick El-Nino.Kecewa dengan gol tersebut telah menyebabkan para pemain Ombak Prima tertekan dan mula melakukan asakan keras. Perlawananan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0.
Sedikit pertukaran pemain dibuat oleh jurulatih Kesuma FC dengan mengeluarkan Rusdi, flanker kanan dan membawa masuk Thiru bagi memperkuatkan bahagian flanker kiri.Tempat flanker kanan diambilalih Mie Unta dengan lain-lain pemain berada dalam posisi asal. Serangan pantas oleh Kesuma FC telah mengkucar-kacir pertahanan Ombak Prima dan kerap-kali pengadil membuat keputusan yang mengecewakan seluruh pasukan Kesuma FC. Didalam kekalutan permainan dan menerusi asakan bertali-arus, penyerang Kesuma FC, Kuchick El-Nino telah dijatuhkan dalam kotak penalti.Pengadil akhirnya memberikan sepakan penalti untuk Kesuma FC. Sepakan telah diambil oleh Kuchick El-Nino sendiri namun tolakan mengenai tiang gol.Ombak Prima dalam perlawanan pertama telah meratah Padang Jaya FC dengan 16-2, namun merasa perit dan sengsara bertemu dengan lawan yang setara ini kerap melakukan serangan menerusi sayap kiri dan hasilnya dalam suku terakhir permainan telah menyebabkan pemain pertahanan Kesuma FC tertanduk bola ke gol sendiri untuk memperolehi gol penyamaan.
Meskipun tergamam dengan gol tersebut tidak mematahkan semangat Kesuma FC dengan berterusan mengasak ke kubu lawan. Pengadil gagal bertugas dengan baik dan kerap memberikan keputusan yang diluar jangkaan. Ini menyebabkan suasana permainan menjadi tegang dan kekasaran demi kekasaran dipamirkan oleh pemain kedua-dua pasukan. Sekali lagi pengadil memberikan mutu pengadilan yang teruk dengan memberikan layangan terus kad merah kepada Zulkainan pemain Kesuma FC meskipun terlebih dahulu pemain Ombak Prima membuat rempuhan keras kepada Mie Unta. Perlawanan pada hari itu berakhir seri 1-1 dan memberikan mata kedua untuk Kesuma FC. Syabas dan tahniah kepada pemain, pegawai dan penyokong Kesuma FC. We Are The Best!

Jumaat, 13 Mei 2011
Perlawanan Pembukaan Liga Kuantan.
Kesuma FC (2) Vs. Mas10 (2).
Perlawanan pembukaan bagi Liga Kuantan 2011 telah berlangsung pada 11.5.2011 antara juara bertahan Mas10 menentang Kesuma FC dipadang MPK1 berdekatan dengan Shahzan Inn bermula jam 500 petang. Kesuma FC telah menurunkan hampir semua kesebelasan utama dalam perlawanan pembukaan ini. Kesuma FC meletakkan Hamdan selaku penjaga gol utama; Mijan, Boy, Lan dan Arjuna di posisi pertahanan. Rusdi, Thiru,Barak dan Mamat dibahahagian tengah serta penyerang utama Kuchick dan Mie Unta.
Permainan bermula dengan kemas dengan asakan dari Mas10 selaku juaran bertahan pada awal permainan tetapi barisan Kesuma Fc dengan tenang mengawal permainan seperti biasa. Selepas dari itu kedua pasukan saling menyerang dengan Kesuma FC telah berjaya menghasilkan gol cantik hasil kerjasama pasukan dengan penyudahan yang bersahaja dari Mie Unta pada minit ke 30 permainan. Mas10 menyamakan kedudukan 1-1 beberapa minit kemudian hasil gol ehsan dari pengadil.
Selepas watu rehat, sekali lagi pasukan Kesuma FC berjaya menghasilkan gol menerusi umpanan cantik pemain gantian, Zul desjaya kepada Mie Unta sekali lagi tanpa segan silu menjaringkan gol.
Tertekan dengan gol kedua, Mas10 telah melancarkan beberapa serangan menerusi sayap kiri dan kanan dan pada minit ke67,pemain sayap Mas10 no. 9 telah tersepak tanah dalam kotak penalti dan pengadil tanpa pertimbangan yang sewajarnya telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Mas10 untuk gol penyamaan. Permainan telah berkesudahan seri 2-2.
Meskipun akur dengan keputusan pengadil perlawanan,pengurus serta jurulatih dan lain-lain pegawai pasukan telah berpuashati dengan persembahan para pemain Kesuma FC. Perlawanan seterusnya bagi Kesuma FC menentang Ombak Prima di padang Kipsas pada 15.5.2011. Terdahulu dari itu Ombak Prima telah membelasah Padang Jaya Fc 16-2 pada 12.5.2011.
Bagaimanapun keputusan perlawanan tersebut tidak sedikitpun menggerunkan Kesuma FC!

Sabtu, 30 April 2011
Pengenalan.
Kesuma FC secara dasarnya telah diilhamkan penubuhannya oleh 5 rakan iaitu Al Faisal, Abang Din, Joe , Aleem dan saya sendiri pada penghujung Oktober 2010. Atas inisiatif bersama, para pemain terdiri dari rakan-rakan yang turut sama bermain pada hampir saban petang di padang Taman Mahkota Aman telah dijemput untuk menubuhkan pasukan bolasepak yang pada peringkat awalnya dipanggil X FC. Setelah satu mesyuarat penubuhan yang diadakan,telah melantik ahli jawatankuasa kelab bagi melancarkan aktiviti kelab serta mengutip yuran keahlian sebanyak RM10.00 dan yuran bulanan RM10.00. Didalam mesyuarat itu juga ahli-ahli pasukan telah memilih satu nama dan dipersetujui oleh semua ahli kelab iaitu KESUMA FC iaitu singkatan bagi Kelab Sukan Mahkota Aman FC.
Bersesuaian dengan hasrat penubuhan kelab ini, maka beberapa siri perlawanan telah diadakan hampir sekali setiap minggu dengan keputusan perlawanan yang memberangsangkan telah dicatatkan oleh pasukan ini. Beberapa pemain baru telah menyertai pasukan ini dan telah meningkat dari jumlah asal dari 15 orang kepada 20 orang. Terdapat juga beberapa ahli pasukan lama yang tidak aktif disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan dari berlaku.
Kesuma FC juga bercadang untuk menyertai Liga Kuantan yang akan berlangsung pada awal mei 2011. Nama-nama pemain yang telah dipilih telah diserahkan kepada persatuan bolasepak Pahang untuk pendaftaran bagi kejohanan tersebut. Pasukan Mas 10 dijangka menghadapi tentangan yang hebat dari Kesuma FC dalam perlawanan pembukaan bagi kedua-dua pasukan pada 11 mei 2011 ini. Meskipun tanpa sebarang sasaran yang tinggi diharapkan untuk pasukan, namun semua pemain diharap dapat memberikan komitmen terhadap pasukan dan tidak main-main semasa bermain bola.

Langgan:
Catatan (Atom)